Saturday, August 6, 2011

Matlamat Puasa





A183


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183) | <Embed> English Translation 


Puasa dan Taqwa


Matlamat puasa yang utama adalah menghasilkan Taqwa kepada Allah Taa'la. Erti Taqwa bukan hanya terletak pada ketaatan kita menunaikan suruhan-Nya, tetapi juga dalam meninggalkan larangan-Nya. Puasa, terutama di dalam Ramadhan yang mulia ini mendidik fizikal dan rohani untuk lebih dekat pada Allah.


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Sekiranya kita berpuasa, tetapi masih melakukan perkara-perkara maksiat, melanggar suruhannya---seperti, meninggalkan solat wajib, tidak menutup aurat, berbohong, mencuri dan sebagainya, ini bermakna puasa kita belum mencapai erti taqwa itu sendiri, malah mungkin puasa itu menjadi sia-sia.


Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai matlamat ini, sementara umur masih ada. Kita tidak mengetahui adakah kita mampu bertemu Ramdhan yang akan datang.


Allah menjadikan bulan Ramadhan begitu istimewa kerana segala amalan kita di dalamnya dilipat gandakan. Rasulullah sendiri mengajar kita supaya berdoa seawal bulan Rejab lagi agar kita dipertemukan dengan Ramadhan...kerana keistimewaan Ramadhan itu tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.


Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


A185


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185) | <Embed> English Translation 


Puasa dan Syukur


Dengan berpuasa juga, Allah meletakkan matlamat syukur sebagai salah satu daripada hasil melaksanakan ibadah puasa tersebut. Puasa mengajar erti kesusahan dan kepayahan, serta mendidik hati dan diri supaya menyelami kesusahan insan lain yang kurang bernasib baik.


Puasa juga memupuk sifat sabar dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.


 Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah [2] : 155-157).


Marilah kita bersama-sama mendidik diri untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Syukur kerana diberikan peluang menemui Ramadhan kali ini, syukur kerana dilimpahi kurniaan pahala dan amal yang berlipat ganda, syukur kerana masih mampu menunaikan perintah Allah.


Moga Allah merahmati kita semua. ^_^


Jadi bagaimana Iman kita pada hari ini? Rebut peluang yang ada, jangan mengharap pada masa yang masih belum tiba. Belum tentu kita masih dapat menemui Ramadhan yang akan datang.


Jika ini Ramadhan terakhir...apakah kita telah sempat berbuat amalan di dalamnya? Bimbang kerana ketika bulan-bulan biasa kita dah banyak melakukan dosa. 


Jom buat pahala dan merebut keampunan dari-Nya~! ^___^

No comments:

Post a Comment