Sunday, August 7, 2011

Kerana aku hamba yang lemah...


Ya Allah,
Selamatkanlah aku dari mencintai dunia yang fana ini.

Ya Allah,
Kuatkanlah hatiku untuk mencintai-Mu melebihi segalanya.

Ya Allah,
Berikanlah kekuatan padaku menghadapi segala godaan dan cabaran.

Kerana aku telah byk melakukan dosa pada-Mu...ampunkanlah.
Kerana aku telah byk lalai akan perintah-Mu...peringatkanlah.
Kerana aku...hamba-Mu yang lemah...perkuatkanlah.


"Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau akan menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa...yang sukar tertempuh oleh manusia biasa..." 
(Memeluk Gerhana, Isa Kamari)

No comments:

Post a Comment