Friday, August 5, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2 - Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3 - Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman, 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan dengan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4 - Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus 5 - Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

Sumber: SOLUSI, Isu 34.

Pintu Ar-Rayyan
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan. Dari pintu itu orang yang berpuasa akan masuk pada hari Kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk melalui pintu itu. Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu itu akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment