Friday, October 14, 2011

Er..berhabuk ye..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ye, saya faham. Belum apa2 lagi dah berhabuk sakan rupanya blog ni. Banyak perkara yang berlaku dan internet kt sini sangatla 'laju', jadi menambah lagi rasa malas nak meng'update'.

Takde ape yang menarik. Cuma nak reflect diri...busykanlah diri dengan buat benda2 yang berfaedah...bersyukurlah bila ada byk kerja, assignment nk buat..sebab, sendiri pun tahu, bila byk masa lapang...mulalah fikir yg bukan2, mulalah membazir masa xtentu fasal...mulalah mood down xtau punca..mulalah badan letih xbertempat. Jadi,cubela cari kerja walau xde kerja.

Xde kerja kau kata? huhu..ni FYP sepanjang tahun bukan kerjakah? huhu...begitu rupanya.

Hehe, saje nk mencari alasan. Xelok utk kesihatan mental.

Sekian, harap maklum.

p/s: harap2nye rajen2 la nk tulis ape2 kat blog ni. huhu.

"Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah dan petunjuk Allah." (Al-Qasas:50)

Saturday, September 3, 2011

Hm...

Assalamua'laikum~

Hm, nampaknye...selepas 7hari...saya tak dapat meneruskan 30 days challenges tu..hehe. Bkn ape..tetiba rasa hm...

Saya ada pemikiran yang pelik lagi complicated. Jadi, huhu...rasanya xdapat teruskan. (Malas ni, sebenarnya).

Hm...

...

......

........

Ada perkara yang mengganggu hati dan fikiran saya.

...

Jumpe lagi di lain entry.

Tuesday, August 16, 2011

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

Salam.

Hm..kat umah saya dah ada kucing...jadi..teringin nak bela lain pula lah. Kalau Dill nak ferret, Ruby nak Pikachu...saya nak...biasa-biasa aje..arnab~! ^_^


Chumel tak? ^_^


^_^

Comelnye~


"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." (QS. Al-Jaatsiyah, 45: 13)


Day 6 – A song to match your mood

Salam.

Hm...saya pun tak berapa pasti apa perasaan ketika ini. Jadi...inilah..



The Stupid & Windflower - Habanera (rough version).

Dan ini.



Windflower - Sorrowful Decision.

Oleh sebab ni bknnya lagu menyanyi..so, xdela lirik yg bleh dibekalkan utk kedua-dua lagu ini.

Ya, saya tahu. Saya memang pelik.

Sekian.

Monday, August 15, 2011

Day 5 – What makes you different from everyone else?

Salam.

Adakah entry yang ini jenis 'masuk bakul angkat sendiri?' huhu.

Setiap orang Allah ciptakan berbeza-beza, jadi haruslah kita semua ni xsama..kan? Nak membezakan pn memang dah berbeza. Ye tak?

Hm...jadi nak tulis ape untuk entry ini? Dill, nk tiru bleh? Xtahu la nk tulis ape...

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Sumber: http://selangor2u.com/blog/tahukah-anda/rahsia-jenis-darah-dengan-personaliti-anda/#ixzz1V3Dl4ktm
www.s2u.my

Katenyela kan. Ada yang betul ada yang xbetul.

Disebabkan kelakar betul entry yang Dill btau ni..nk letak juga lah~


Dan ini..

Sumber asal (dan kalau nk baca lebih lanjut): http://maskub.wordpress.com/2010/08/14/personality-traits-menurut-golongan-darah-sebuah-konsep-jepang/

Itu jelah kot.
Sekian.


Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berdudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik Marwan

Day 4 - Your favourite photograph of your best friends

Salam.

Memandangkan kebelakangan ni mood nk update blog terganggu (haha), jadi hari ni meh update mana yang tertinggal.

Best friends tu..kwn yg best eh? (haha)

Hm...pictures tell better than words, right?


Zaman berhingus. Huhu.
Used to be Lisa, Betty, Juana and Rosalinda. Haha. I even love you all until now. Aten, Nani, Chik. ^_^


Ini...memori terbaik yang pernah berlaku dalam hidup ini.


A.RA.SHI. Thank you...for being there, through thick and thin.

Roomates. Thanks for everything. Nothing can describe your kindness.


And all members of T6. LOL..Satu blok jadi besties nmpknye. haha. (sorry, maleh nk cr gmbo bebyk sgt.)


Thanks. Huhu..byk memori susahsenang kat sini. Moga pengalaman mematangkan kita.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Friday, August 12, 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date

Salam.
Hm. Payah juga ni nak menjawab, sebab katanya perfect di situ. Huhu. Mana ada benda yang perfect kat dunia ni selain Allah. Huhu..xmaunye perfect idea kite ni. hehe.


...
Susah ni.

Saya...tak percaya pada cinta sebelum kahwin, jd date apetah lagi kan. Jadi ni date lepas kahwin la ye? hehe.

Tidak kira bila dia bersama saya, itu dah cukup bahagia. :)

Tidak kira buat apa pun.

Tidak kira keadaan apa pun.

Setiap hari pun di kira date.

Huhu...ape nih. Cukuplah merapu.

Sekian.

GenQ, Generasi Al-Quran Kreatif: Manual Remaja Bertaqwa

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini saya nk promote satu majalah yang baru je menjengah pasaran, bertajuk GenQ, Generasi Al-Quran Kreatif. Dengan motonya Manual Remaja Bertaqwa, dah tentu sasarannya para remaja. Kenal majalah Solusi? Haa, ni boleh dikatakan sebagai 'adik' kepada majalah Solusi. ^_^

Majalah ni mak saya belikan untuk adik saya yang berumur 13 tahun, tapi saya pun tumpang sekaki, sebab..memang nampak menarik. Bukan nampak je, memang menarik pun~! Saiznya tak besar dan tak juga kecil, isinya colourful sungguh~! ^^ Huhu..tapi yang lebih penting lagi kandungannya. Memang bagus. Two thumbs up for Galeri Illmu Sdn. Bhd. ^_^

Jadi, saya memang syorkan anda pun baca majalah ni. Yelah kan..daripada baca majalah yang tak tentu hala mcm e-pop tu..*opps* (haha) (sy pn bace juga..-_-") lebih baik baca majalh ni. Ayat-ayatnya santai dan kebanyakan kolumnis muda-muda belaka~! ^_^

Selain tu, byk kartun2 Nik di sana sini. Hehe. ^^

Majalah ni edaran Stormreaders network Sdn. Bhd. Jangan lupa dapatkanye eh~ Harganya cuma RM7..kalau nk dibanding dengan manfaat yang kita dpt..mmg xternilai. ^^

"Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepada-Mu atas segala perkara, aku memohon perlindungan-Mu daripada keadaan ahli neraka." (Riwayat al-Tirmizi)

Thursday, August 11, 2011

Day 2 - Your Favourite Movies

Salam,
Huhu. Begitu kagum sekali dengan incek Dill kerana bukan kaki movie. Baguslah Dill, kurang lagho :)

Hm, saya suka tengok historical or cerita zaman dulu macam kisah-kisah kungfu, perang2, lawan2..senang cite action movies terutama Chinese dan Japanese movies. Cerita Stephen Chow--Shaolin Soccer, Kungfu Hustle ke, ape2 je yang kungfu..memangla saya tengok. -_-" (Kalau drama kungfu apatah lagi kan...ape nak jadi ng saya). Dulu kecik2, ada drama Pendekar pun saya tgk. Sya memang suka cite zaman dulu. huhu.

Seperti biasa, cerita omputih tak berapa suka sangat...tp ada la satu dua yang tgk..contohnya Kingdom of Heaven. Yang ni mmg top faourite..lagi..cite mcm X-men:The Origin of Wolverine. Saya tak sangka saya suka cerita ni...tapi saya tahu saya suka pasal saya tergamam waktu tgk. huhu. Mission Imposibble. The Matrix. Boleh la tgk..Dan saya juga suka kisah-kisah yang banyak value macam Laskar Pelangi. ^_^

Ramai orang suka cerita fantasy macam Harry Porter, Narnia, LOTR dan seangkatan dengannya..tapi saya tak berapa minat.

So, ape kata saya letak trailer2 movies berkenaan. (Seperi biasa, cite omputih saya xinclude)

1. Laskar Pelangi.
Cite ni memang best. Sedih ada, kelakar pun ada. Yang penting, value dia. Saya siap beli DVD, kami tgk sekeluarga. RECOMMENDED. Silalah tgk :)


2. Manatsu no Orion (Last Operation under Orion)
Ni cite Perang Dunia ke-2. Saat-saat akhir sebelum Jepun menyerah kalah..lepas Nagasaki ng Hiroshima kena bom, yang mana pasukan darat dan laut dah kalah..tinggal tentera laut sebagai pertahanan terakhir negara. Berkisar tentang secebis nota lagu yang menghubung hati dua kapten--Jepun dan Amerika masa tu. Huhu...sedih. Tapi saya suka. Cite perang dalam air, inilah 1st time saya tgk. (Jepun hanya tinggal submarine--torpedo dan kaiten sebagai last weapons)


3. Shinobi : Heart Under Blade.
Huhu..saya memang senang tertarik dengan cerita lawan2..apatah lagi cerita ninja. Huhu. Minat Naruto? Basilisk? Ni memang live-action yang patut ditengok.


4. 14 Blades
Huhu..tgk trailer aje la kan.


5. Hana Yori Dango Final
Huhu..kalau kata saya tak tgk langsung cite cinta, menipu pula. Tapi cerita ni...more to action (sebab da movie kan),time die drama..byk la dramanya. Byk value yang saya belajar dalam ni...sgt banyak.


6. Ima, Ai ni Yukimasu.
Hm...cite ni sangat sedih. Saya ni...kalau cite pasal family, mak ayah anak suami isteri memang senang touching. Huhu. Walaupun sedih, saya suka. Andai saya jadi ibu tu, mesti saya buat yang sama untuk anak saya... ye lah kan...kalau dpt peluang pegi masa depan, and kita tau kita akan mati..mesti buat macam tu juga..


Eh2...banyaknya pulak.. (sebenarnya banyak lagi...ni antaranya la kan..)

Tu sajalah. Suka sangat melere-leret. Maaflah ya.
Sekian.

Wednesday, August 10, 2011

30 Days Challenge?

Salam,
Huhu, disebabkan seorang member yang cute..maka saya pun buat jugelah post ni. Ayuh merapu bersama2, Rubyby... Cabaran 30 Hari..(Kalo ada cbaran pasal Ramadhan kan bagus..hehe)..Kalau kat LJ ni org panggil meme. huhu.

30 Things in 30 Days Challenge
Day 1 — Your favorite songs
Day 2 — Your favorite movies
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

Day 1 : Your Favourite Song(s)

Hm, ni..tak maunye satu aje favourite tu. Mesti byk. (Tu yang tambah s sesuka hati)

1. Budi - Assalamua'laikum.
Lagu ni dlm bahasa German ye. Selalu sgt dgr kat IKIM, smpai kadang2 tertunggu. Last2nye..download kan senang. ^_^ Best juga bunyi German ni. Cuba try dengar. Yes, he is Muslim. Kira nasyid la ni. Penah dtg Malaysia masa Islamic Music Festival something kat KL...bila ye..tahun lepas kot.


Translation in English
I greet you with the salutation of peace: Assalamu alaikum wa rahmatullah
I am your brother Abdullah from Wuppertal,
and will tell you from heart to heart
I greet you with the salutation of peace: Assalamu alaikum wa rahmatullah
I am your brother Abdullah from Wuppertal,
and will tell you from heart to heart 
I am honoured to be born as a muslim for
without my religion my life would be meaningless,
without my relgion my life would be meaningless, meaningless 
My belief is Islam, my book is the Quran, my Lord is the Merciful, my prophet is Mohamed 
What is the sense of your life?
Think about it! If you search truly you will find the sense,
it is not too late, Allah is so merciful, he forgives everyone
I greet you with the salutation of peace: Assalamu alaikum wa rahmatullah
I am your brother Abdullah from Wuppertal,
and will tell you from heart to heart

I greet you with the salutation of peace: Assalamu alaikum wa rahmatullah  
I am your brother Abdullah from Wuppertal, and will tell you from heart to heart
Sumber: www.budi-one.com
2. Mesut Kurtis - Beloved (Al-Habib)
1st time dengar je terus suka. :) Oh, lagu nk dlm arabic and english ye. ^^ And...to be honest, saya memang suka semua lagu beliau. Xde yang saya xsuka.


Beloved
ربي صلي ربي سلم
على طه المعلم
نبع خير شمس حق من السماء
(Oh Allah send you peace and blessings
Upon Taha (one of the Prophet's names) the teacher(He is)
A fountain of goodness, a sun of truthSent from the heavens)


You're the light of my eyes
You're the answer to my cries
You're the dawn that chased away
My darkest night  
إن لم أراك ياحبيبي 
عين روحي دوما تراك
نور من اللهكي
يضيء لنا الحياه
(And even though I haven't seen you O my beloved
My soul's eye always sees you
A light sent by Allah
To illuminate our life)


Chorus:
يا حبيب قلبي
يا محمديا إمام دربي يا أحمد
يا شفيع ذنبي يا طه عليك صلى الله
(Beloved of my heart,
O Muhamma dGuide on my path, O Ahmad
Intercessor for (the forgiveness) my sins, O Taha
May the peace and blessings of Allah be upon you)


فاض شوقي كي أراك
سال دمعي للقــــــاك
في جنان الخلد نلحق بخطاك
(My longing to see you is overflowing
My tears are flowing wanting to meet you
In eternal Paradise we will follow in your footsteps)


I will cross the widest sea
I will climb the highest mountain
Just to drink from your hand
By the fountain


ومن سواك ياحبيبي
قدوة من لي سواك
نور من الله 
 كي يضيء لنا الحيا
(And who else but you O my beloved
Is a role model for me Who else but you?
A light sent by Allah
To illuminate our life)


Chorus
Sumber: © Awakening Records 2009

3. CHEMISTRY (Yang ni susah, pasal saya biased dan saya suka semuanya)
Oleh kerana saya memang xminat sgt omputih punya lagu...jadi..ni lagu Jepun ye. Sejujurnya, playlist saya kebanyakan yang ada lagu Nasyd ngan Jepun sahaja.

Kerana xtau nk letak lagu ape..saya letak lagu ni. Yang kawan2 saya kata...tersangat boring dan boleh tidur kalau dengar. (Huhu..tapi saya xdengar untuk tidur)

CHEMISTRY - Tsukiyo (Moonlit)

もうこれ以上 君のこと
愛さないように離れていよう
今 僕は 君ではない誰かのため
生きることになってる
君が誰かと歩いていく姿を
僕は気付かないフリしていかなくちゃ

あの頃じゃないから
ねえ それでも こんな夜 思い出すよ
月の好きな君を
「簡単なのね。」 言われてしまうくらいに

また出会っても通り過ぎてゆくけど
平気じゃないから
忘れた訳じゃない
もうこれ以上 君のこと
愛さずにいられたら…
Translation...xsempat la nk translate kan.. huhu. Ade mase saya post. hoho.

Maher Zain dah tentu saya suka. Mirwana. Irfan Makki. Hamza Namira. (ni sume satu company ng Maher). Sami Yusuf. Mestica. Raihan. Brothers. Oh, byknya~! Dan...er...Arashi.

Ye, saya mengaku. Saya suka lagu bahasa asing. Especially Arabic dan Japanese.

Panjang dah ni merapu. Huhu.
Sekian.

Monday, August 8, 2011

Krisis jiwa.


Ye. Saya mmg bermasalah itu. Jika anda kenal saya, anda tahu.
Krisis.

Krisis minda.
Krisis jiwa.

Bertentang di sana sini.

Dua jiwa.
Saya cuba merawatnya. Masih cuba merawatnya.

Sukar. Sukar. Itu kata saya.
Hakikatnya kalau hendak seribu daya.

Saya selalu berkata, 
"...andai aku mampu mengorbankannya, gantikanlah ia buatku di syurga."
Tapi,
saya masih tidak mampu.
bukan kerana saya tidak percaya,
tapi kerana hati begitu lemah.

Allah, Allah...
Empunya hati dan jiwa.
Hanya Engkau Maha Mengetahui.
Isi hati yang tersembunyi.

Bukan hipokrit.
Bukan berpura.
Tapi itu kerana
berperang jiwa.

Sunday, August 7, 2011

Kerana aku hamba yang lemah...


Ya Allah,
Selamatkanlah aku dari mencintai dunia yang fana ini.

Ya Allah,
Kuatkanlah hatiku untuk mencintai-Mu melebihi segalanya.

Ya Allah,
Berikanlah kekuatan padaku menghadapi segala godaan dan cabaran.

Kerana aku telah byk melakukan dosa pada-Mu...ampunkanlah.
Kerana aku telah byk lalai akan perintah-Mu...peringatkanlah.
Kerana aku...hamba-Mu yang lemah...perkuatkanlah.


"Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau akan menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa...yang sukar tertempuh oleh manusia biasa..." 
(Memeluk Gerhana, Isa Kamari)

Saturday, August 6, 2011

Matlamat Puasa





A183


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183) | <Embed> English Translation 


Puasa dan Taqwa


Matlamat puasa yang utama adalah menghasilkan Taqwa kepada Allah Taa'la. Erti Taqwa bukan hanya terletak pada ketaatan kita menunaikan suruhan-Nya, tetapi juga dalam meninggalkan larangan-Nya. Puasa, terutama di dalam Ramadhan yang mulia ini mendidik fizikal dan rohani untuk lebih dekat pada Allah.


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Sekiranya kita berpuasa, tetapi masih melakukan perkara-perkara maksiat, melanggar suruhannya---seperti, meninggalkan solat wajib, tidak menutup aurat, berbohong, mencuri dan sebagainya, ini bermakna puasa kita belum mencapai erti taqwa itu sendiri, malah mungkin puasa itu menjadi sia-sia.


Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai matlamat ini, sementara umur masih ada. Kita tidak mengetahui adakah kita mampu bertemu Ramdhan yang akan datang.


Allah menjadikan bulan Ramadhan begitu istimewa kerana segala amalan kita di dalamnya dilipat gandakan. Rasulullah sendiri mengajar kita supaya berdoa seawal bulan Rejab lagi agar kita dipertemukan dengan Ramadhan...kerana keistimewaan Ramadhan itu tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.


Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


A185


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185) | <Embed> English Translation 


Puasa dan Syukur


Dengan berpuasa juga, Allah meletakkan matlamat syukur sebagai salah satu daripada hasil melaksanakan ibadah puasa tersebut. Puasa mengajar erti kesusahan dan kepayahan, serta mendidik hati dan diri supaya menyelami kesusahan insan lain yang kurang bernasib baik.


Puasa juga memupuk sifat sabar dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.


 Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah [2] : 155-157).


Marilah kita bersama-sama mendidik diri untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Syukur kerana diberikan peluang menemui Ramadhan kali ini, syukur kerana dilimpahi kurniaan pahala dan amal yang berlipat ganda, syukur kerana masih mampu menunaikan perintah Allah.


Moga Allah merahmati kita semua. ^_^


Jadi bagaimana Iman kita pada hari ini? Rebut peluang yang ada, jangan mengharap pada masa yang masih belum tiba. Belum tentu kita masih dapat menemui Ramadhan yang akan datang.


Jika ini Ramadhan terakhir...apakah kita telah sempat berbuat amalan di dalamnya? Bimbang kerana ketika bulan-bulan biasa kita dah banyak melakukan dosa. 


Jom buat pahala dan merebut keampunan dari-Nya~! ^___^

Friday, August 5, 2011

Ada Apa dengan JIN? (er..part 1?)

Bismillahirahmanirrahim.


Semoga apa yang nk disampaikan kat sini tak terpesong niatnya.


Okeh, berbalik pada tajuk di atas...huhu..ada apa dengan JIN? Adakah saya bercerita tentang alam ghaib pada hari ini?




Suka saya memberitahu anda er..bahawa Jin yang dimaksudkan di sini ialah drama Jepun yang bertajuk JIN(仁). Sebelum itu, utk pengetahuan semua...saya adalah seorang peminat jdrama. Dek kerana saya tak berapa menonton cerita omputih, mahupun menonton siaran televisyen arus perdana..jadi saya menonton Jdrama. Saya bkn nk buat promosi ye, saya cuma ingin beritahu apa yang saya suka mengenai Jdrama ialah VALUE yang terdapat dlm penceritaannya selain sy rasa cerita macm ni lebih bermanfaat dari cerita cinta yg xde hala tuju seperti yg ada mutakhir ni. Huhu...bkn kerana xde bnda lain ke sy nk cerita...tp sebab..sy nk kaitkan ape yg tgk dgn ape yg sy rase..


Okeh, berbalik semula pada JIN. Tak perlu agaknya saya ceritakan keseluruhan cerita ye, jadi ringkasnya...JIN mengenai seorang Pakar Bedah Otak (Brain Surgeon) bernama Minakata Jin (Jin-sensei) yang secara tak sengaja ter-kembali ke zaman Edo (Ero Jidai), maknanya zaman dahulu lah..sekitar 1860an. (Hoho, pelik betul bahasa saya nih..xpe, kita teruskan.) Jadi, anda pun boleh la bayangkan, kita ni doktor, pakar bedah lagi...balik ke zaman yang apa pun xde..nk rawat orang memang susah, dek kerana xde alat2 moden, canggih dan sewaktu dengannya.


Jin-sensei ni, sewaktu di zaman moden...telah 'melepaskan' tugasnya sebagai pakar bedah otak dengan buat general keje doktor. Dia masih dr, tp xnk bedah2 org dah selepas die xberjaya menyelamatkan tunangnya yang menghidap kanser otak. Tunangnya tu xmeninggal, sebaliknya berada dlm keadaan 'vegetative state'.




Mengambil Tindakan Tidak Kira Apa Situasi.
Apabila Jin-sensei terjatuh dari tangga hospital dan bila dia bangun, terus berada di suatu kawasan asing. Tetapi dalam keadaan pening2 itu pun, dia masih mampu membuat keputusan dan mengambil tindakn cepat merawat seorang samurai yang cedera.




Apa yang saya ingin sampaikan di sini, kita sebagai umat Islam, Muslim...Mu'min..harus bersedia dlm setiap segi, tak kira bila masa. Bila ada insan yg perlukan bantuan kita, adakah kita dapat menghulurkan bantuan dgn cepat? Adakah kita bersedia setiap masa? (huhu...nasihat pada dir sendiri nih). Bila ada kwn yg minta bantuan kita.."Nk minta tlg segera, jadi komitee boleh? Ada org xdpt pegi. Nk minta gantikan." Apakah jawapan kita? Mungkin..."Er..xbersedia..." "Tak minat." atau sebagainyalah. Huhu..jd marilah kita renung dalam2 apa yang kita ada, yg boleh bg manfaat pada org lain.




Bertindak Segera apabila Keadaan Kecemasan
Ryoma (seorang Samurai xbertuan) menolong Jin-sensei dengan segera apabila kemalangan kuda ngan seorang wanita, iaitu segera bagi solution pada beliau, di saat orang lain sume pandang-pandang aje.




Yang mana kita, yang tolong bertindak cepat, atau yang jd audien tu?




Beri Yang Terbaik
Jin-sensei walaupun berbelah bahagi kerana takut dia mengubah sejarah, tetap membuat pembedahan pada seorang pesakit kerana dia sedar hanya dia yang mampu buat begitu. (sebab belum ada kepakaran membedah sakan pada zmn itu)


(Saki, yg bersusah-payah menghantar tools utk Jin-sensei, walau apa jua halangan)
Jadi, kalau kita mempunyai kepakaran yang orang lain tiada...maka janganlah lokek untuk berkongsi atau menghulurkan bantuan. Do your best shot to help others with what you have.




Tidak Mudah Berputus Asa
Bila Jin-sensei nk buat pembedahan pada pesakit wanita berkenaan, Ubat Bius Setempat (Local Anaesthatic, yg terbawa bersama kit kecemasan dr zaman moden) pula tertinggal di rumah samurai sebelum itu. Jadi, xde bius mcmane nk wat pembedahn pulak. Jin-sensei nk batalkan niat, tetapi..apa pesakit tu kata...


"Dr, menahan sakit tu salah satu kelebihan saya."
"Tapi awak boleh mati diebabkan terlalu sakit."
"Kalau dr xbuat pembedahan itu pun saya akan mati juga."


Lihat kat sini, determination pesakit tu. Xmudah putus asa. Buat operation xde bius..hanya Allah tahu macam mana sakitnya. Jadi, kalau kita...mampu tak nk tahan derita bila berdepan dengan cabaran?


Huhu...susah rupanya bila nak terjemahkan apa yg kita fikir ke dlm tulisan ye..sy rasa fikir lain...bila ditulis jadi lain pula..harap2nya sampai la maksud saya tu..


Heh, ni baru part 1 ni. Ade byk lagi benda yang saya nk cite ttg drama ni. Saya teringat kata-kata pada permulaaan drama ini..:


"We think it only normal.We have resolved that the Earth will go on spinning.That at any time, it will be possible for us to express the things we feel.That these ordinary but contented days will just go on and on.We've forgotten the darkness of the night.But, what if there was a day, when we suddenly lost all that? The bird-like freedom we have.Our satisfied lives.

If somehow this bright, night sky was lost to us? If we were thrown into nothing but a pitch black night, alone...I wonder if you...would be able to find a light there? I wonder if you would be able to grasp the light that was there?
I wonder if you would be able to grasp the light that was there? Or instead, would you want to bring a light to that world without light? By your own hand?"


Di akhir episod ni, Jin-sensei bermonolog, sy petik dialognya...

"Miki... You wouldn't believe this.Right now, I'm in the Edo period.In this world, I have been mistaken for a murdere rwhile performing an operation.There are no satisfactory tools or medicines here.It is very difficult to perform surgeries here. Even extremely simple ones.So far, I haven't made any mistakes.But, operations here are very difficult.

The successful operations I've made until now weren't due just to my skill. There were other things 
that got me this far.


Medicine and technology, devices and knowledge...To me who has lost all those things, I didn't realize how a suture would go without even a little pain. That tears at me.



Even having been a doctor for 14 years, I didn't know such things. It's such a very tiny fact about myself, but I had no idea about it. I intended to be modest but, it looks like I'm the only one who can perform this operation.That was something I thought a lot about."


"If so...I wonder if I shouldn't go back anymore.I understand that... now.The sunsets here...are the most beautiful ones in the world."


"...Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." (Ali-Imran:13)










5 Bonus Khas Ramadhan



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2 - Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3 - Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman, 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan dengan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4 - Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus 5 - Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

Sumber: SOLUSI, Isu 34.

Pintu Ar-Rayyan
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan. Dari pintu itu orang yang berpuasa akan masuk pada hari Kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk melalui pintu itu. Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu itu akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 3, 2011

Jom berubah menjadi lebih baik.

Assalamua'laikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Apa khabar iman? Meningkatkah? Menurunkah? Atau sama aje seperti bln-bln lain? Semoga iman kita meningkat selari dgn amalan yg kita lakukan.

Hari ini saya ingin bercakap sesuatu tentang aurat perempuan. Jika anda lelaki pun, anda kena tahu. Huhu, ye, saya faham. Dah byk kali mendengarnya, dah ramai orang pernah menulis tentangnya. Tapi apa salahnya saya mengingatkan sekali lagi.

Ada orang beranggapan apabila kita memakai tudung sahaja maka dikira sudah menutup aurat. Tetapi sebenarnya ada sedikit pemahaman yang salah di situ apabila pemakaiannya tidak menepati kehendak syariat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, tudung adalah sebahagian perkara untuk menutup aurat, tetapi bkn dgn pemakaian tudung itu aurat sudah sempurna.

Kurang faham kerana kurangnya ilmu.
Kurangnya pemahaman sebahagian masyarakat kita tentang penutupan aurat ini agak membimbangkan--maka dgn sbb itulah terjadinya pakai tudung tapi dgn baju lengan pendek. Ini salah ye, kawan2. Pkai tudung, baju pula ketat. Ini juga salah. Pakai tudung, seluar ketat. Salah juga. Pakai tudung, terlalu pendek. Salah jugalah. Pakai tudung, kain belah? Ini lagilah salahnye. Pakai tudung, baju jarang. Tetap juga salah.Apa yang salah nya dalam semua cara di atas? Ialah...tidak menutup aurat dengan SEMPURNA. Sempurna dalam erti kata lain, menepati apa yang telah digariskan syarak.

Jadi, di sini, ILMU amat penting. Sebab apa saya mengutarakan masalah ini, kerana dah byk terjadi orang2 menemplak, menghina, mengkritik pemakaian gadis muslimah kita, hanya kerana kesalahan2 di atas. jadi keluarlah pernyataan2 sepeti "Lebih baik tak pakai tudung." " Sama aje org yg pakai tudung dgn orang tak pakai tudung. Dapat dosa juga." "Ingat pakai tudung tu baik sgt? Tudung pun pendek." ...dan sebagainya.

Ilmu perlu dicari, sekiranya kita kurang faham atau tidak pasti dengan apa yg perlu dibuat, maka tanya. Malu hendak bertanya? Zaman teknologi ini, ilmu bleh didapati juga di internet! huhu. Tapi, hendaklah memastikan apa yang kita lihat/cari itu datang dr sumber yang sahih.

Rugi, dik. RUGI kalau pahala kita DIPOTONG dengan sebab xmenutup aurat dgn sempurna. Kita da pakai tudung sume, tapi xsempurna. Markah xcukup, silap haribulan kena potong sume. Sape yg rugi? KITA juga. Jadi, jangan ambil remeh perkara2 macam ni.

Hendak bergaya.
Ya, saya juga faham kehendak perempuan. Bila berpakaian, haruslah nk lawa, kemas, smart. Bila orang tgk, comel gitu. Tapi, kita harus ingat, yang melihat kita itu bkn perempuan aje. Lelaki pun melihat kita. Lawa, kemas, smart itu bagus. Yang tak bagus, terlalu menarik perhatian, dan tak sempurna auratnya ditutup. Sape kate pakai baju longgar xboleh bergaya? baju kurung kan cantik? Sape kata tutup aurat sempurna tak nampak lawa, kemas, smart?

Di sinilah akan terserlah kebijaksaan seorang perempuan bagaimana nak buat untuk jadi kemas, smart dan lawa tanpa 'mengorbankan' dirinya.

Perlahan-lahan.
Oh, saya sgt suka sesape yang freehair dan kemudian mula bertudung perlahan-lahan...dan cuba untuk tak membukanya. Ini...kwn2. Jgn kata nk tunggu hidayah dtg, atau seru dtg baru nk wat. NO. NO. Hidayah kena cari. Dia tak datang sendiri...huhu. Kita tak tahu bila kita akn mati, jadi apa salahnya membuat perubahan yang memberi manfaat pada diri kita? Pada permulaan, mesti belum sempurna kan? Nk adjust lifestyle perlahan-lahan...xpe, take time. Allah tgk pada usaha kita. Ada org kate "Yang penting hati. Bukan luaran. Don't judge a book by its cover." "Walaupn sy freehair, sy smyg xtinggal." Ya, saya faham statement2 di atas. TETAPI, first impression tu penting kan? Dan kita takut sekiranya amalan-amalan kita byk ditolak markahnya disebabkan dosa xmenutup aurat tadi.

WAJIB. Bukan adat.
Ramai orang salah faham, ada yg menganggap pakai tudung ni adat kita org melayu. Or just nk tunjuk kita Islam. NO NO NO. Ni perintah ALLAH ye. Bkn arahan mak ayah, pakcik makcik, or kengkwn kita. Hukumnya WAJIB. Mcm solat juga. WAJIB. Tak solat berdosa tak? Berdosa. So? tak tutup aurat juga berdosa. Selagi mana kita xmenutup aurat, dosa tetap dicatat. Sedihkan? Kita buat amaln mcm org lain juga, kita solat, puasa, sedekah macam org lain juga, tapi markah kita kurg daripd orng lain. Sedih kan?

Malu. Persekitaran tak membantu.
Huhu. Seperti yang saya kata tadi, ALLAH byr usaha kamu. Berusaha ni bkn senang, ye saya faham. Apa kata org nnt? Apa pula kata ALLAH? Mana satu kita nk dgr? Ckp senanglah. Cube awk try. Kena mujahadah dik. Mujahadah tu ape? Sy bkn baik sgt. Pakai2 tdg nnti org kata berlagak alim, da bertaubat konon. Family saya semua xpakai tudung. Takkan sy sorang2 nk pakai tudung.?

Drpd dialog2 di atas byk kita dengar sebenarnya. Manusia ni sebenarnya fitrah dia, suka pada kebaikan. Mesti dlm hati pernah terdetik nk buat, tp disebabkan suasana xmembantu, family pn x, kwn2 pn x, jd kita rasa tu hilang mcm tu je. Di sinilah perlunya doa. Saya ada kwn yg sebegini, tp alhamdulillah skrg dia dah fully pakai tudung. Haruslah rasa nk menitis air mata bila dia btau sy, "Akak, sy sekarang da permanent pakai tudung." Alhamdulillah. Walaupn mungkin masih xberapa sempurna, tapi usaha dia Allah akn byr. Mcmana? bersedia utk berubah x? Bulan Ramadhan ni lagi berlipat ganda pahala Allah bagi atas mujahadah anda.

Anda kakak, abang, adik yang ada mempunyai ahli keluarga begini? Jgn tinggalkan mereka. Jika anda abang, anda bertanggungjwb atas adik anda yg terdedah itu. Allah akn tnya anda dulu ye, baru adik anda. Jadi? Mari  bantu-membantu.

Sayangi diri anda.
Mungkin kat sini saya tak ckp byk sgt kerana sy pasti, anda bukan xtahu. Tapi kurang ambil tahu. Sayangi diri anda dengan menjaga dan menutup aurat dengn sempurna. Syangi diri anda dengan tidak membiarkan 'markah' anda berkurang tanpa anda sedari. Perinngatan untuk saya dan juga anda.

Akhir kalam,
LENGAN itu aurat. KAKI itu aurat. Pakai tudung mesti LABUH melepasi dada. Jangan KETAT. Jauhi SENDAT. LONGGAR dan TIDAK JARANG. See? That's the rules, and you'll be safe then.

Selamat berpuasa dan selamat beramal. Moga Allah melipatgandakan pahala amalan anda, InsyaAllah.