Salam.
Tengah-tengah malam ni entah macam mana terbaca balik blog yang dah berdebu ni. Maka tersedarlah diri, bahawa telah melupakan janji.
Malu mengenangkan diri.
Yang terlalu mudah dibawa pergi.
Terlalu banyak masa yang telah berlalu, malangnya terlalu sedikit amalan yang dibuat. Terlalu banyak masa terbuang, dan diri terlalu sibuk mengenang perkara yang sia-sia.
Alangkah ruginya diri ini.
Padahalnya akal tahu benar kesalahan, hati mengerti sangat keadaan. Tapi mengapa masih begitu?
Ya Allah,
Pemilik hati dan jiwa,
Yan Maha Mengerti segala yang tersembunyi, Yang Maha Mengetahui segala keaiban, Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
Berikanlah aku kekuatan.
Berikanlah aku ujian yang mampu aku menanggungnya.
Umur dah banyak ni. Sedarlah diri.
No comments:
Post a Comment