Kerana aku masih cintakan biru
maka biru jugalah yang menenangkan
yang tetap mengirimkan damai
menghakis luka-luka pedih
memudar parut-parut sengsara yang hodoh
yang kerapkali membodohkan perasaan.
Biru kiasan rasa
menggetar hati
getaran biru lembut
ah, langit
biru milikmu tapi aku mahu memiliki
ah, laut
kekalkah biru bersamamu
andai cinta tak lagi punya rasa?
Selamanya cinta biru
merasuk jiwa
biarkan hitam dan putih menggoda
mungkin juga aku tewas
tapi kau biru tetap yang pertama
kerana kau meminjamkan kuasa.
No comments:
Post a Comment