Saturday, August 6, 2011

Matlamat Puasa





A183


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183) | <Embed> English Translation 


Puasa dan Taqwa


Matlamat puasa yang utama adalah menghasilkan Taqwa kepada Allah Taa'la. Erti Taqwa bukan hanya terletak pada ketaatan kita menunaikan suruhan-Nya, tetapi juga dalam meninggalkan larangan-Nya. Puasa, terutama di dalam Ramadhan yang mulia ini mendidik fizikal dan rohani untuk lebih dekat pada Allah.


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Sekiranya kita berpuasa, tetapi masih melakukan perkara-perkara maksiat, melanggar suruhannya---seperti, meninggalkan solat wajib, tidak menutup aurat, berbohong, mencuri dan sebagainya, ini bermakna puasa kita belum mencapai erti taqwa itu sendiri, malah mungkin puasa itu menjadi sia-sia.


Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai matlamat ini, sementara umur masih ada. Kita tidak mengetahui adakah kita mampu bertemu Ramdhan yang akan datang.


Allah menjadikan bulan Ramadhan begitu istimewa kerana segala amalan kita di dalamnya dilipat gandakan. Rasulullah sendiri mengajar kita supaya berdoa seawal bulan Rejab lagi agar kita dipertemukan dengan Ramadhan...kerana keistimewaan Ramadhan itu tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.


Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


A185


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185) | <Embed> English Translation 


Puasa dan Syukur


Dengan berpuasa juga, Allah meletakkan matlamat syukur sebagai salah satu daripada hasil melaksanakan ibadah puasa tersebut. Puasa mengajar erti kesusahan dan kepayahan, serta mendidik hati dan diri supaya menyelami kesusahan insan lain yang kurang bernasib baik.


Puasa juga memupuk sifat sabar dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.


 Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah [2] : 155-157).


Marilah kita bersama-sama mendidik diri untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Syukur kerana diberikan peluang menemui Ramadhan kali ini, syukur kerana dilimpahi kurniaan pahala dan amal yang berlipat ganda, syukur kerana masih mampu menunaikan perintah Allah.


Moga Allah merahmati kita semua. ^_^


Jadi bagaimana Iman kita pada hari ini? Rebut peluang yang ada, jangan mengharap pada masa yang masih belum tiba. Belum tentu kita masih dapat menemui Ramadhan yang akan datang.


Jika ini Ramadhan terakhir...apakah kita telah sempat berbuat amalan di dalamnya? Bimbang kerana ketika bulan-bulan biasa kita dah banyak melakukan dosa. 


Jom buat pahala dan merebut keampunan dari-Nya~! ^___^

Friday, August 5, 2011

Ada Apa dengan JIN? (er..part 1?)

Bismillahirahmanirrahim.


Semoga apa yang nk disampaikan kat sini tak terpesong niatnya.


Okeh, berbalik pada tajuk di atas...huhu..ada apa dengan JIN? Adakah saya bercerita tentang alam ghaib pada hari ini?




Suka saya memberitahu anda er..bahawa Jin yang dimaksudkan di sini ialah drama Jepun yang bertajuk JIN(仁). Sebelum itu, utk pengetahuan semua...saya adalah seorang peminat jdrama. Dek kerana saya tak berapa menonton cerita omputih, mahupun menonton siaran televisyen arus perdana..jadi saya menonton Jdrama. Saya bkn nk buat promosi ye, saya cuma ingin beritahu apa yang saya suka mengenai Jdrama ialah VALUE yang terdapat dlm penceritaannya selain sy rasa cerita macm ni lebih bermanfaat dari cerita cinta yg xde hala tuju seperti yg ada mutakhir ni. Huhu...bkn kerana xde bnda lain ke sy nk cerita...tp sebab..sy nk kaitkan ape yg tgk dgn ape yg sy rase..


Okeh, berbalik semula pada JIN. Tak perlu agaknya saya ceritakan keseluruhan cerita ye, jadi ringkasnya...JIN mengenai seorang Pakar Bedah Otak (Brain Surgeon) bernama Minakata Jin (Jin-sensei) yang secara tak sengaja ter-kembali ke zaman Edo (Ero Jidai), maknanya zaman dahulu lah..sekitar 1860an. (Hoho, pelik betul bahasa saya nih..xpe, kita teruskan.) Jadi, anda pun boleh la bayangkan, kita ni doktor, pakar bedah lagi...balik ke zaman yang apa pun xde..nk rawat orang memang susah, dek kerana xde alat2 moden, canggih dan sewaktu dengannya.


Jin-sensei ni, sewaktu di zaman moden...telah 'melepaskan' tugasnya sebagai pakar bedah otak dengan buat general keje doktor. Dia masih dr, tp xnk bedah2 org dah selepas die xberjaya menyelamatkan tunangnya yang menghidap kanser otak. Tunangnya tu xmeninggal, sebaliknya berada dlm keadaan 'vegetative state'.




Mengambil Tindakan Tidak Kira Apa Situasi.
Apabila Jin-sensei terjatuh dari tangga hospital dan bila dia bangun, terus berada di suatu kawasan asing. Tetapi dalam keadaan pening2 itu pun, dia masih mampu membuat keputusan dan mengambil tindakn cepat merawat seorang samurai yang cedera.




Apa yang saya ingin sampaikan di sini, kita sebagai umat Islam, Muslim...Mu'min..harus bersedia dlm setiap segi, tak kira bila masa. Bila ada insan yg perlukan bantuan kita, adakah kita dapat menghulurkan bantuan dgn cepat? Adakah kita bersedia setiap masa? (huhu...nasihat pada dir sendiri nih). Bila ada kwn yg minta bantuan kita.."Nk minta tlg segera, jadi komitee boleh? Ada org xdpt pegi. Nk minta gantikan." Apakah jawapan kita? Mungkin..."Er..xbersedia..." "Tak minat." atau sebagainyalah. Huhu..jd marilah kita renung dalam2 apa yang kita ada, yg boleh bg manfaat pada org lain.




Bertindak Segera apabila Keadaan Kecemasan
Ryoma (seorang Samurai xbertuan) menolong Jin-sensei dengan segera apabila kemalangan kuda ngan seorang wanita, iaitu segera bagi solution pada beliau, di saat orang lain sume pandang-pandang aje.




Yang mana kita, yang tolong bertindak cepat, atau yang jd audien tu?




Beri Yang Terbaik
Jin-sensei walaupun berbelah bahagi kerana takut dia mengubah sejarah, tetap membuat pembedahan pada seorang pesakit kerana dia sedar hanya dia yang mampu buat begitu. (sebab belum ada kepakaran membedah sakan pada zmn itu)


(Saki, yg bersusah-payah menghantar tools utk Jin-sensei, walau apa jua halangan)
Jadi, kalau kita mempunyai kepakaran yang orang lain tiada...maka janganlah lokek untuk berkongsi atau menghulurkan bantuan. Do your best shot to help others with what you have.




Tidak Mudah Berputus Asa
Bila Jin-sensei nk buat pembedahan pada pesakit wanita berkenaan, Ubat Bius Setempat (Local Anaesthatic, yg terbawa bersama kit kecemasan dr zaman moden) pula tertinggal di rumah samurai sebelum itu. Jadi, xde bius mcmane nk wat pembedahn pulak. Jin-sensei nk batalkan niat, tetapi..apa pesakit tu kata...


"Dr, menahan sakit tu salah satu kelebihan saya."
"Tapi awak boleh mati diebabkan terlalu sakit."
"Kalau dr xbuat pembedahan itu pun saya akan mati juga."


Lihat kat sini, determination pesakit tu. Xmudah putus asa. Buat operation xde bius..hanya Allah tahu macam mana sakitnya. Jadi, kalau kita...mampu tak nk tahan derita bila berdepan dengan cabaran?


Huhu...susah rupanya bila nak terjemahkan apa yg kita fikir ke dlm tulisan ye..sy rasa fikir lain...bila ditulis jadi lain pula..harap2nya sampai la maksud saya tu..


Heh, ni baru part 1 ni. Ade byk lagi benda yang saya nk cite ttg drama ni. Saya teringat kata-kata pada permulaaan drama ini..:


"We think it only normal.We have resolved that the Earth will go on spinning.That at any time, it will be possible for us to express the things we feel.That these ordinary but contented days will just go on and on.We've forgotten the darkness of the night.But, what if there was a day, when we suddenly lost all that? The bird-like freedom we have.Our satisfied lives.

If somehow this bright, night sky was lost to us? If we were thrown into nothing but a pitch black night, alone...I wonder if you...would be able to find a light there? I wonder if you would be able to grasp the light that was there?
I wonder if you would be able to grasp the light that was there? Or instead, would you want to bring a light to that world without light? By your own hand?"


Di akhir episod ni, Jin-sensei bermonolog, sy petik dialognya...

"Miki... You wouldn't believe this.Right now, I'm in the Edo period.In this world, I have been mistaken for a murdere rwhile performing an operation.There are no satisfactory tools or medicines here.It is very difficult to perform surgeries here. Even extremely simple ones.So far, I haven't made any mistakes.But, operations here are very difficult.

The successful operations I've made until now weren't due just to my skill. There were other things 
that got me this far.


Medicine and technology, devices and knowledge...To me who has lost all those things, I didn't realize how a suture would go without even a little pain. That tears at me.



Even having been a doctor for 14 years, I didn't know such things. It's such a very tiny fact about myself, but I had no idea about it. I intended to be modest but, it looks like I'm the only one who can perform this operation.That was something I thought a lot about."


"If so...I wonder if I shouldn't go back anymore.I understand that... now.The sunsets here...are the most beautiful ones in the world."


"...Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." (Ali-Imran:13)










5 Bonus Khas Ramadhan



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2 - Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3 - Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman, 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan dengan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4 - Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus 5 - Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

Sumber: SOLUSI, Isu 34.

Pintu Ar-Rayyan
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan. Dari pintu itu orang yang berpuasa akan masuk pada hari Kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk melalui pintu itu. Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu itu akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 3, 2011

Jom berubah menjadi lebih baik.

Assalamua'laikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Apa khabar iman? Meningkatkah? Menurunkah? Atau sama aje seperti bln-bln lain? Semoga iman kita meningkat selari dgn amalan yg kita lakukan.

Hari ini saya ingin bercakap sesuatu tentang aurat perempuan. Jika anda lelaki pun, anda kena tahu. Huhu, ye, saya faham. Dah byk kali mendengarnya, dah ramai orang pernah menulis tentangnya. Tapi apa salahnya saya mengingatkan sekali lagi.

Ada orang beranggapan apabila kita memakai tudung sahaja maka dikira sudah menutup aurat. Tetapi sebenarnya ada sedikit pemahaman yang salah di situ apabila pemakaiannya tidak menepati kehendak syariat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, tudung adalah sebahagian perkara untuk menutup aurat, tetapi bkn dgn pemakaian tudung itu aurat sudah sempurna.

Kurang faham kerana kurangnya ilmu.
Kurangnya pemahaman sebahagian masyarakat kita tentang penutupan aurat ini agak membimbangkan--maka dgn sbb itulah terjadinya pakai tudung tapi dgn baju lengan pendek. Ini salah ye, kawan2. Pkai tudung, baju pula ketat. Ini juga salah. Pakai tudung, seluar ketat. Salah juga. Pakai tudung, terlalu pendek. Salah jugalah. Pakai tudung, kain belah? Ini lagilah salahnye. Pakai tudung, baju jarang. Tetap juga salah.Apa yang salah nya dalam semua cara di atas? Ialah...tidak menutup aurat dengan SEMPURNA. Sempurna dalam erti kata lain, menepati apa yang telah digariskan syarak.

Jadi, di sini, ILMU amat penting. Sebab apa saya mengutarakan masalah ini, kerana dah byk terjadi orang2 menemplak, menghina, mengkritik pemakaian gadis muslimah kita, hanya kerana kesalahan2 di atas. jadi keluarlah pernyataan2 sepeti "Lebih baik tak pakai tudung." " Sama aje org yg pakai tudung dgn orang tak pakai tudung. Dapat dosa juga." "Ingat pakai tudung tu baik sgt? Tudung pun pendek." ...dan sebagainya.

Ilmu perlu dicari, sekiranya kita kurang faham atau tidak pasti dengan apa yg perlu dibuat, maka tanya. Malu hendak bertanya? Zaman teknologi ini, ilmu bleh didapati juga di internet! huhu. Tapi, hendaklah memastikan apa yang kita lihat/cari itu datang dr sumber yang sahih.

Rugi, dik. RUGI kalau pahala kita DIPOTONG dengan sebab xmenutup aurat dgn sempurna. Kita da pakai tudung sume, tapi xsempurna. Markah xcukup, silap haribulan kena potong sume. Sape yg rugi? KITA juga. Jadi, jangan ambil remeh perkara2 macam ni.

Hendak bergaya.
Ya, saya juga faham kehendak perempuan. Bila berpakaian, haruslah nk lawa, kemas, smart. Bila orang tgk, comel gitu. Tapi, kita harus ingat, yang melihat kita itu bkn perempuan aje. Lelaki pun melihat kita. Lawa, kemas, smart itu bagus. Yang tak bagus, terlalu menarik perhatian, dan tak sempurna auratnya ditutup. Sape kate pakai baju longgar xboleh bergaya? baju kurung kan cantik? Sape kata tutup aurat sempurna tak nampak lawa, kemas, smart?

Di sinilah akan terserlah kebijaksaan seorang perempuan bagaimana nak buat untuk jadi kemas, smart dan lawa tanpa 'mengorbankan' dirinya.

Perlahan-lahan.
Oh, saya sgt suka sesape yang freehair dan kemudian mula bertudung perlahan-lahan...dan cuba untuk tak membukanya. Ini...kwn2. Jgn kata nk tunggu hidayah dtg, atau seru dtg baru nk wat. NO. NO. Hidayah kena cari. Dia tak datang sendiri...huhu. Kita tak tahu bila kita akn mati, jadi apa salahnya membuat perubahan yang memberi manfaat pada diri kita? Pada permulaan, mesti belum sempurna kan? Nk adjust lifestyle perlahan-lahan...xpe, take time. Allah tgk pada usaha kita. Ada org kate "Yang penting hati. Bukan luaran. Don't judge a book by its cover." "Walaupn sy freehair, sy smyg xtinggal." Ya, saya faham statement2 di atas. TETAPI, first impression tu penting kan? Dan kita takut sekiranya amalan-amalan kita byk ditolak markahnya disebabkan dosa xmenutup aurat tadi.

WAJIB. Bukan adat.
Ramai orang salah faham, ada yg menganggap pakai tudung ni adat kita org melayu. Or just nk tunjuk kita Islam. NO NO NO. Ni perintah ALLAH ye. Bkn arahan mak ayah, pakcik makcik, or kengkwn kita. Hukumnya WAJIB. Mcm solat juga. WAJIB. Tak solat berdosa tak? Berdosa. So? tak tutup aurat juga berdosa. Selagi mana kita xmenutup aurat, dosa tetap dicatat. Sedihkan? Kita buat amaln mcm org lain juga, kita solat, puasa, sedekah macam org lain juga, tapi markah kita kurg daripd orng lain. Sedih kan?

Malu. Persekitaran tak membantu.
Huhu. Seperti yang saya kata tadi, ALLAH byr usaha kamu. Berusaha ni bkn senang, ye saya faham. Apa kata org nnt? Apa pula kata ALLAH? Mana satu kita nk dgr? Ckp senanglah. Cube awk try. Kena mujahadah dik. Mujahadah tu ape? Sy bkn baik sgt. Pakai2 tdg nnti org kata berlagak alim, da bertaubat konon. Family saya semua xpakai tudung. Takkan sy sorang2 nk pakai tudung.?

Drpd dialog2 di atas byk kita dengar sebenarnya. Manusia ni sebenarnya fitrah dia, suka pada kebaikan. Mesti dlm hati pernah terdetik nk buat, tp disebabkan suasana xmembantu, family pn x, kwn2 pn x, jd kita rasa tu hilang mcm tu je. Di sinilah perlunya doa. Saya ada kwn yg sebegini, tp alhamdulillah skrg dia dah fully pakai tudung. Haruslah rasa nk menitis air mata bila dia btau sy, "Akak, sy sekarang da permanent pakai tudung." Alhamdulillah. Walaupn mungkin masih xberapa sempurna, tapi usaha dia Allah akn byr. Mcmana? bersedia utk berubah x? Bulan Ramadhan ni lagi berlipat ganda pahala Allah bagi atas mujahadah anda.

Anda kakak, abang, adik yang ada mempunyai ahli keluarga begini? Jgn tinggalkan mereka. Jika anda abang, anda bertanggungjwb atas adik anda yg terdedah itu. Allah akn tnya anda dulu ye, baru adik anda. Jadi? Mari  bantu-membantu.

Sayangi diri anda.
Mungkin kat sini saya tak ckp byk sgt kerana sy pasti, anda bukan xtahu. Tapi kurang ambil tahu. Sayangi diri anda dengan menjaga dan menutup aurat dengn sempurna. Syangi diri anda dengan tidak membiarkan 'markah' anda berkurang tanpa anda sedari. Perinngatan untuk saya dan juga anda.

Akhir kalam,
LENGAN itu aurat. KAKI itu aurat. Pakai tudung mesti LABUH melepasi dada. Jangan KETAT. Jauhi SENDAT. LONGGAR dan TIDAK JARANG. See? That's the rules, and you'll be safe then.

Selamat berpuasa dan selamat beramal. Moga Allah melipatgandakan pahala amalan anda, InsyaAllah.

Monday, August 1, 2011

Bertukar Arah~

Assalamua'laikum w.b.t.

Buat anak ummi yang masih ummi tidak tahu akan hadir ke dunia atau tidak,

Huhu, blog ni mmglah baru dibuat. Sayang nk buang blog yg lama...tapi disebabkan pertukaran emel dll perkara yg tak dapat dielakkan, maka buat jugalah yg baru. Selain nk memulakan hijrah yg baru.

Hijrah.

Hijrah. Senang disebut. Tapi payah nak direalisasikan.Setelah berfikir beberapa lama, melawan dengan nafsu dan kehendak yang entah apa-apa, akhirnya gagahkan juga la diri. Sebenarnya masih dalam proses, takut-takut juga kalau tak berjaya, tapi kalau tak mulakan, maka sampai bila nak berada di pemikiran yang sama. Berputar-putar dalam bulatan yang sama.Doakanlah ummi ye, doa anak soleh pasti akan sampai pada ummi.

Oh, payahnya nak mengeluarkan apa yang terbuku di hati.

Hoho. Takpe, biarlah ummi berfikir dulu apa yang perlu dicakapkan, sebab...apa yang ada dalam kepala sekarang macam benda-benda pelik je. huhu.

Ini kisah ummi, lama sebelum kalian lahir. Kerana ummi tidak tahu bila kalian akan lahir, atau adakah kalian akan lahir. Jadi ini persediaan. Kalian bacalah buat iktibar nanti. Kerana mungkin bukan semua ummi dapat ceitakan melalui kata-kata, atau mungkin ummi akan lupa apa yg telah berlaku setelah kalian lahir kelak, jadi hanya ini yang ummi beri untuk pedoman dan iktibar.

Kerana kita tak pernah terlepas melakukan dosa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Setiap insan ada ujian masing-masing dan ujian yang ummi terima rasa seperti hanya ummi yang terima. Tak sepayah dan sesusah insan lain, tapi cabarannya adalah cabaran yang bakal kalian hadapi di masa hadapan, bahkan lebih payah lagi. Jadi ambillah ini sebagai teladan dan sempadan.

p/s: Sebenarnya nak bg intro aje dulu.

Tuesday, February 16, 2010

[Tazkiyatunnafsi] KITA ADALAH UMAT AKHIR ZAMAN, BANGKITLAH…Part 2

..sambungan dari part1..

Sedarlah kawan2..ini peringatan yang disampaikan Rasulullah SAW untuk kita..adakah kita ingin terus leka dengan kesenangan dunia yang sementara?

"Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan sementara,
dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal." (Al-Ghafir:39)


Hadis-hadis tentang akhir zaman..(kalau ada kesilapan minta dibetulkan)

Hadis 11: Melampau dalam berdoa

Dari Sa’ad r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kelak akan muncul satu kaum yang mereka melampau (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa.” (HR Ahmad)

Hadis 12: Haji untuk Makan Angin

Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Di akhir zaman nanti ada empat golongan yang pergi mengerjakan haji. Pemimpin yang pergi Haji untuk makan angin (melancong), orang kaya pergi Haji untuk perniagaan, ornag miskin pergi Haji untuk meminta-minta dan qari (pembaca Al-Quran) pergi haji untuk kemegahan dan mencari nama.”

Hadis 13: Tidak peduli sumber harta

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang suatu zaman di mana seseorang tidak mempedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah daripada sumber yang halal atau sumber yang haram.” (HR Nasa’i)

Hadis 14: Islam Pada Nama, Masjid Megah, Ulama Jahat.

Dari Ali r.a, katanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sudah hampir tiba suatu zaman yang mana ketika itu tidak ada lagi yang tinggal dalam Islam kecuali namanya sahaja, tidak ada yang tinggal dalam Al-Quran kecuali tulisannya. Masjid-masjid mereka megah tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari merekalah keluar fitnah dan kepada merekalah fitnah itu kembali.” (HR Baihaqy)

Hadis 15: Umat Islam Ditindas

Dari Tsauban, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu seperti orang-orang yang kelaparan mengerumuni hidangan mereka”. Salah seorang daripada sahabat bertanya: “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu seperti buih yang dihanyutkan banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya: “Apakah wahan itu Ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud)

Hadis 16: Ditimpa penyakit Umat terdahulu

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu.” Para sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?” Rasulullah menjawab: “Penyakit-penyakit itu ialah terlalu sombong, terlalu mewah, mengumpulkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, saling mendengki sehingga jadi zalim-menzalimi.” (HR Hakim)

Hadis 17: Ikut Jejak Yahudi dan Nasrani

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Para sahabat bertanya : “Ya RAsulullah! Apakah Yahudi dan NAsrani yang tuan maksudkan?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa lagi? (kalau bukan mereka).” (HR Muslim)

Hadis 18: Berpura-pura zuhud.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian dari kulit kambing (berpura-pura zuhud di dunia) untuk mendapat simpati orang ramai. Perkataan mereka lebih manis daripada gula padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan buruk).

Allah SWT berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR Tirmizi)

Hadis 19: Ilmu Agama diangkat Perlaha-lahan

Dari Abdullah bin Amr bin Ash katanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut ilmu dengan cara sekaligus daripada manusia. Akan tetapi Allah SWT akan mencabut ilmu dengan cara (mematikan) para ulama. Sehingga kalau sudah tidak ada lagi orang yang berilmu agama, orang akan mengangkat orang bodoh sebagai pemimpin mereka. Pemimpin itu ditanya (tentang hukum hakam agama) dan mereka mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (HR Muslim)

Hadis 20: Al-Quran Lenyap Dari Hati

Dari Huzaifah Al-Yaman r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Islam akan lenyap seperti hapusnya (warna pakaian yang telah usang), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, apa yang dimaksudkan dengan solat, apa yang dimaksudkan dengan nusuk(ibadah), apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suaru malam sahaja, maka tidak ada daripada Al-Quran yang tertinggal di permukaan bumi ini walaupun hanya satu ayat. Yang ada hanyalah beberapa kelompok manusia, di antaranya para orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata: “Kami sempat menemui moyang kami mengucapkan ‘Lailahaillallah’, lalu kami pun mengucapkannya juga.”

Maka berkata silah (perawi hadis dari Huzaifah): “Apa yang dapat dibuat oleh ‘Lailahaillallah’ (apa gunanya Lailahaillallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memehami apa yang dimaksudkan dengan solat, puasa, nusuk dan sedekah?” Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (silah yang bertanya).

Kemudian Silah itu mengulangi pertanyaan tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan silah itu. kemudian Silah itu bertanya lagi sehingga Huzaifah menjawab: “Kalimat itu tidak dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka.” (Huzaifah mengatakan jawapan itu tiga kali). (HR Ibnu Majah)

Monday, February 15, 2010

[Tazkiyatunnafsi] KITA ADALAH UMAT AKHIR ZAMAN, BANGKITLAH…Part 1

Allah berfirman yang maksudnya “ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman),…” (Ali Imran:110)

Kita adalah umat Nabi Muhammad SAW, Nabi dan Rasul terakhir yang diturunkan; tiada lagi nabi dan rasul sesudah Baginda. Menurut ayat di atas, kita adalah sebaik-baik umat, iaitu umat Nabi Muhammad SAW. Maka untuk siapakah Nabi peringatkan tentang tanda-tanda akhir zaman? Untuk kitalah. Zaman manakah yang Baginda maksudkan dalam hadis-hadis baginda tentang akhir zaman? Zaman kitalah.

Layakkah kita mengaku sebagai sebaik-baik umat sedangkan kita tidak melakukan seperti yang Allah nyatakan dalam Al-Quran? Ayuh, kawan-kawan! Selagi nyawa masih ada pada jasad, selagi Allah masih memberi peluang untuk kita bernafas sebagai khalifah, tunaikanlah hak kita sebagai hambaNya, biar siapa pun kita…Ingatlah, sesungguhnya yang membezakan kita di sisi Allah adalah Taqwa (takut kepada Allah).

Berikut adalah himpunan hadis-hadis Baginda SAW yang menceritakan tentang akhir zaman. (kiranya ada kesilapan, minta dibetulkan)

Hadis 1: Ramai Munafik & Murtad

Diriwayatkan daripada Ali r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akalnya. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka adalah manusia terbaik. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya, membunuh mereka ada pahalanya di sisi Allah pada hari Kiamat.”

Hadis 2: Fitnah berleluasa.

Diriwayatkan daripada Usamah r.a katanya: Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: “Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.”

Hadis 3: Timbul Berbagai Fitnah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: “ Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orng yang melibatkan diri dalam fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung, hendaklah dia berlindung dari fitnah tersebut.”

Hadis 4: Fitnah Dari Timur.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam keadaan baginda mengadap kea rah timur (Iraq): “Sesungguhnya fitnah akan muncul di sebelah sana, sesungguhnya fitnah akan muncul di sana yang mana akan muncul dua tanduk syaitan.”

Hadis 5: Iman Semakin Lemah

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu beramal sebelum terjadi fitnah seperti menempuh malam yang gelap-gelita. Ketika itu nanti ada orang yang akan beriman pada waktu pagi tetapi petangnya sudah menjadi kafir. Petang kafir pagi sudah beriman. Dia menjual agamanya dengan harta dunia. (HR Muslim)

Hadis 6: Wanita berpakaian tetapi Telanjang

Rasulullah SAW telah bersabda: “Ada dua golongan yang termasuk ahli neraka yang belum pernah aku lihat perbuatan mereka itu, iaitu kaum yang mempunyai cemeti (cambuk) seperti ekor lembu, lalu mereka memukulkannya kepada manusia. Kemudian wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka bergaya mencari perhatian lelaki ajnabi. Kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya, sedangkan wangi syurga itu sudah terasa dari jarak sekian.” (HR Muslim)

Hadis 7: Kejahatan Menjadi Kebiasaan Pembesar.

Dari Anas bin Malik r.a, katanya ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Bilakah masanya kami meninggalkan amar maaruf nahi munkar?” Rasulullah SAW menjawab: “Apabila datang kepada kamu apa yang didatangkan kepada Bani Israel. Apabila kejahatan itu sudah menjadi kebiasaan pembesar-pembesar kamu, ilmu dimiliki oleh orang-orang rendah dan kerajaan jatuh kepada orang-orang kecil (orang bawahan).”

Hadis 8: Tidak Percaya kepada Hadis

Dari Miqdam bin Ma’dikarib r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hampir masanya akan terjadi yang mana seorang lelaki di antara kamu sedang duduk di atas kerusinya kemudian dia berkata: “ Di antara kami dan kamu ada kitab Allah. Apa yang kita jumpai di dalamnya perkara halal kita halalkan dan perkara yang haram kita haramkan.” (Rasulullah SAW bersabda): “Ingatlah bahawa apa yang diharamkan Rasul Allah itu sama dengan yang diharamkan oleh Allah.” (HR Ahmad, Hakim dan Ibnu Majah)

Hadis 9: Memegang Agama seperti Memegang Bara Api

Dari Anas r.a katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Akan sampai masanya nanti, yang mana orang yang sabar berpegang teguh kepada agamanya sama seperti orang yang memegang bara api (kesusahannya).” (HR Tirmizi)

Hadis 10: Pilihan antara Dianggap Lemah atau Berbuat Jahat

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang masanya kepada umatku yang mana seseorang diberi pilihan antara dianggap lemah atau berbuat jahat. Sesiapa yang menjumpai zaman seperti itu hendaklah dia memilih yang lemah daripada berbuat jahat.” (HR Al-Hakim)

Friday, March 13, 2009

aku perasaan sibuk.
sibuknya
dengan hal dunia.
adeh.
semoga sibuk ini
menunjuk juga jalan akhirat.

Sunday, June 1, 2008

Dari Kekasih Kepada Kekasih


Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

Seorang sahabat berkata:

“Hidup ni sementara.”

Aku kata:

“Nak bertindak, tp hati pun buntu.”

Sahabat lain berkata:

“Bagaimana ? Sudah berkeputusankah?”

Aku kata:

“Nak menangis, air mata pun sudah merajuk.”

Sahabat mana entah berkata:

“Sia-sia. Sia-sia.”

Aku, menggagau dalam tidur.

Aku, mengeluh dalam mimpi.

Allah…Allah…

Allah kata:

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberikannya rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya. Dan sesiapa brserah diri kepada kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-taip sesuatu.”

Aku kata:

“Sesungguhnya, nak termenung pun sudah tiada masa.”

Ada sahabat kata:

“Fasobrun jamiil…”

Tapi aku,

Masih tak jumpa jalan.

Masih tak nampak cahaya.

Allah,

Ku cari tali-Mu!